Sunday, February 26, 2012

3K




Klinik Kesihatan telah melawat ke sekolah kami untuk menyembur ulat bulu .Pegawai Kesihatan telah menyembur ulat bulu dengan racun serangga.

pertandingan Ping Pong




Pertandingan Ping Pong Luar sekolah diadakan di SJKC CHUNG HUA KUALA PILAH.Sekolah kami telah menyertai acara perseorangan dan bergu  dan mendapat tempat ketiga.

pertandingan Hui Chun




Pertandingan Hui Chun diadakan pada bulan Jan sempena dengan Perayaan Tahun Baru Cina.Murid-murid sedang belajar menulis di surat khaber sebelum memulakan di kertas berwarna merah. Selain itu, warga sekolah juga mendapat limau sempena Perayaan Tahun Baru Cina.

Wednesday, November 16, 2011

Program Serahan Bantuan Khas Persekolahan









     Bantuan Khas Persekolahan berjumlah  RM100 bagi setiap murid telah disampaikan dan disempurnakan pada hari Rabu bersamaan 16 November 2011 yang lalu pada jam 12.30 tengah hari di  perpustakaan sekolah.

    Semua ibu bapa hadir dan memberikan kerjasama yang baik.  Ibu bapa penjaga menerima bayaran secara bergilir-gilir dan menurunkan tanda tangan  mengikut nama anak masing-masing bermula dengan Tahun 1 hingga 6.

     Guru Besar dalam ucapannya, mengingatkan ibu bapa dan penjaga agar menggunakan wang bantuan tersebut dengan sebaik-baiknya untuk membeli keperluan murid bagi sesi persekolahan pada tahun hadapan.  Diharap wang bantuan tersebut dapat meringankan beban ibu bapa terutama yang mempunyai lebih seorang anak yang bersekolah.
       


Hari Penyampaian Hadiah

      SJKC Kg Baru Kepis telah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah pada hari Selasa yang lalu bersamaan 15 November 2011.  Kehadiran ibu bapa dan penjaga sangat menggalakkan dan memenuhi dewan yang disediakan.

      Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi LPS diikuti dengan ucapan Guru Besar mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dan menghargai murid-murid serta kaki tangan sekolah yang berusaha dan bekerjasama menjayakan hari penyampaian hadiah peringkat sekolah.

      Seterusnya ialah acara penyampaian hadiah kepada murid yang cemerlang dalam akademik dan sukan serta penghargaan kepada perkhidmatan yang diberikan seperti pengawas, pustakawan dan ketua darjah. Hadiah yang diberikan berbentuk wang tunai.

      Acara yang paling meriah ialah persembahan tarian berkumpulan daripada semua murid.  Mereka menari dengan iringan muzik dan mengenakan pakaian yang berwarna-warni.  Persembahan yang ditunjukkan sangat menarik dan membanggakan. Acara yang menyentuh perasaan ialah lagu perpisahan daripada murid-murid Tahun 6.  Murid terbaik keseluruhan Tahun 6 ialah Shazreen bagi akademik dan Sen Tsuey Shyan bagi perkhidmatan cemerlang. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan dan gotong-royong membersihkan dewan.










    

Wednesday, October 12, 2011

Hari Kantin 7/10/2011









Sekolah kami telah mengadakan Hari kantin pada hari Jumaat, 7 Oktober 2011. Aktiviti ini dijalankan di kantin sekolah pada pukul 10.30 pagi. Pada hari tersebut, murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 berpeluang untuk menjual makanan mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan telah melukis poster yang menunjukkan harga makanan. Selain itu, mereka juga bertugas untuk menghias gerai dan menjual makanan. Aktiviti ini telah mendedahkan mereka tentang cara berniaga.

Thursday, September 22, 2011

Pertandingan Bercerita dan Syarahan Bahasa Cina, 22 September 2011

Pertandingan Bercerita dan Syarahan Bahasa Cina telah diadakan di dewan sekolah pada 22 September 2011. Gambar di atas menunjukkan pemenang-pemenangnya bersama dengan Ketua Panitia Bahasa Cina, Puan Foo.