Wednesday, November 3, 2010

Gotong-royong Pada 2 November 2010

Pada 2 November 2010, sekolah kami telah mengadakan gotong-royong di sekitar sekolah. Semua guru, murid dan pekerja sekolah terlibat dalam gotong-royong ini. Gotong-royong ini bermula pada 7.45 pagi dan tamat pada 9.45 pagi. Semua murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan di bawah pimpinan guru di kawasan yang ditetapkan. Kawasan yang dibersihkan termasuklah bilik darjah, bilik sains, bilik komputer, perpustakaan dan bilik pemulihan. Pekerja di sekolah pula bertugas untuk mencantikkan taman bunga di sekolah. Gambar di bawah menunjukkan penglibatan murid, guru dan pekerja sekolah ketika gotong-royong dijalankan.

No comments:

Post a Comment