Tuesday, February 12, 2013



SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH 2013














Panitia Pendidikan Islam, SJKC Kampung Baru Kepis telah mengadakan Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah Tahun 2013 pada 25 Januari 2013 dengan jayanya. Semua murid yang beragama Islam seramai 23 orang telah terlibat dalam sambutan ini. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan ini ialah Perarakan Maulidurrasul, Ceramah Maulidurrasul, Kuiz dan pertandingan mewarna. Alhamdulillah, segala aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar dan baik. Guru besar mencadangkan agar perarakan untuk sambutan yang akan datang diadakan ke SMK Jelai bagi menambahkan lagi kemeriahan sambutan. Semua pihak  telah  memberi respon dan kerjasama yang baik sepanjang program berjalan. Program ini telah mencapai objektif yang telah disasarkan.

No comments:

Post a Comment