Sekolah kami telah mengadakan Hari kantin pada hari Jumaat, 1 Oktober 2010. Aktiviti ini dijalankan di kantin sekolah pada pukul 10.15 pagi. Pada hari tersebut, murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 berpeluang untuk menjual makanan mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan telah melukis poster yang menunjukkan harga makanan. Selain itu, mereka juga bertugas untuk menghias gerai dan menjual makanan. Aktiviti ini telah mendedahkan mereka tentang cara berniaga. Gambar-gambar di bawah menunjukkan suasana pada Hari Kantin.
Thursday, October 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment