Pada 14 oktober 2010, sekolah kami telah mengadakan satu kursus dalaman untuk semua guru di sekolah kami. Kursus ini berkenaan dengan penulisan kreatif didik hibur. Kursus ini telah diadakan di perpustakaan sekolah kami, bermula pada pukul 1.30 petang sehingga 4.30 petang. SPenceramah untuk kursus ini ialah guru sekolah kami, Cik Lim Chiew Sien. Beliau telah menyampaikan pelbagai maklumat tentang penulisan kreatif didik hibur yang berkesan khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Antaranya termasuklah pantun, nyanyian, bercerita dan lakonan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment